Kelantan Bentang Belanjawan Defisit Tapi Gaji ADUN & EXCO Di Naikkan
Kelantan Bentang Belanjawan Defisit Tapi Gaji ADUN & EXCO Di Naikkan
Dalam pembentangan belanjawan 2023 di DUN Kelantan, MB Kelantan, Ahmad Yakob, mengumumkan perbelanjaan defisit untuk negeri itu adalah sebanyak RM165.31 juta.
Kadar perbelanjaan defisit negeri Kelantan untuk tahun 2023 adalah lebih tinggi berbanding belanjawan 2022 yang mencatat defisit RM90.49 juta.
Peningkatan defisit antara belanjawan 2022 berbanding belanjawan 2023 adalah sebanyak RM74.81 juta.
Baca di sini:
Penulis tidak meletakkan kesalahan tadbir urus perbendaharaan negeri kepada kerajaan negeri Kelantan.
Kita akui, bukan sahaja Kelantan yang mencatitkan perbelanjaan defisit, malah kerajaan persekutuan sendiri dijangka akan membentangkan perbelanjaan defisit untuk tahun 2023.
Namun begitu, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan negeri sepatutnya lebih berhemah dalam menguruskan perbendaharaan negeri.
Segala perbelanjaan yang tidak mendesak serta boleh ditangguhkan, sepatutnya ditangguhkan dahulu.
Sebagai contoh, kerajaan persekutuan di dalam usaha untuk menjimatkan perbelanjaan telah memotong emolumen yang diterima oleh menteri dan ahli parlimen.
Namun ironiknya, kerajaan Kelantan mengambil langkah sebaliknya.
Dalam keadaan rakyat ditekan dengan kos sara hidup yang tinggi, kerajaan Kelantan membuat keputusan untuk menaikkan gaji ADUN dan EXCO Kelantan.
ADUN dan EXCO Kelantan dijangka akan menikmati kenaikan antara RM3,000 hingga ke RM5,000 seorang.
Baca di sini:
https://www.mhdaily.net/gaji-wakil-rakyat-di-negeri-kelantan-bakal-naik-lagi-rm-5000/
2 alasan yang diberikan atas kenaikan tersebut adalah kerana rakyat Kelantan perlukan bantuan dan untuk mengurangkan perbezaan gaji ADUN dan EXCO Kelantan berbanding negeri lain.
Persoalannya, apakah ADUN dan EXCO Kelantan selama ini tidak mendapat sebarang peruntukan dari kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan masing-masing?
Serta apakah keperluan mendesak untuk mengurangkan perbezaan gaji ADUN dan EXCO Kelantan dengan rakan mereka dari negeri lain?
Janganlah berselindung dengan slogan demi rakyat untuk terus menikmati kehidupan yang lebih selesa!!!
Kelantan Bentang Belanjawan Defisit Tapi Gaji ADUN & EXCO Di Naikkan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM
- Muhyiddin Letakkan Kesalahan Kepada Zafrul Tetapi Akui Beliau Yang Cadangkan Nama Kontraktor
- Pemecatan Lokman Adam Di Batalkan, Bakal Bertanding Naib Presiden UMNO