Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM

Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM

Sebaik sahaja disoal siasat oleh pihak SPRM berkenaan skandal Jana Wibawa, Muhyiddin pantas mengeluarkan kenyataan.

Beliau mendakwa bahawa kononnya pihak SPRM mengesahkan bahawa beliau tidak dianggap sebagai suspek dalam skandal tersebut.



Malah Muhyiddin dengan angkuhnya mengatakan beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang sengaja memfitnah beliau.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1066197/muhyiddin-bukan-suspek-sprm-teliti-tindakan-undang-undang-terhadap

Menurut Muhyiddin lagi, ada pihak tertentu sengaja mengaitkan nama beliau dalam skandal tersebut dengan tujuan untuk memburukkan nama beliau.



Ianya sengaja diadakan ketika Pilihanraya Negeri di 6 buah negeri semakin hampir, menurut Muhyiddin.

Tetapi tidak sampai 24 jam Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu, pihak SPRM menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin.

Menurut sumber dari SPRM, Muhyiddin merupakan salah seorang suspek yang disyaki terlibat dalam skandal Jana Wibawa.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1066212/sprm-sahkan-muhyiddin-antara-suspek-siasatan-jana-wibawa

Malah, pihak SPRM mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berbentuk spekulasi kerana siasatan masih dijalankan.

SPRM juga mengingatkan, sebarang bentuk kenyataan yang berbeuntik spekulasi boelh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

Penulis tertanya-tanya, sejak bila pula Muhyiddin dilantik sebagai pegawai media SPRM?



Sekiranya benar Muhyiddin tidak dianggap sebagai suspek, hanya Ketua Pesuruhjaya SPRM atau pegawai media sahaja yang berhak membuat kenyataan itu.

Sebagai suspek dalam kes yang masih dalam siasatan, adalah lebih baik Muhyiddin berdiam diri.

Penulis faham, Muhyiddin berada dalam keadaan yang cukup tertekan.

Tetapi dengan membuat spekulasi yang hanya mampu bertahan tidak sampai 24 jam tidak akan dapat membersihkan dosa Muhyiddin ke atas 32 juta rakyat Malaysia.



Seperti yang sering disebutkan, kalau tangan berani mencincang, maka bahu pun mesti sedia memikulnya.

 

Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button