Budak 6 tahun jatuh longkang ditemui lemas
Budak 6 tahun jatuh longkang ditemui lemas
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang berhampiran jalan besar Taman Pinggiran Pelangi, Rawang dekat sini, petang tadi, ditemui lemas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata kanak-kanak itu ditemui pada jam 7.45 malam tadi, namun disahkan meninggal dunia.
“Mangsa ditemui tersangkut di dahan pokok tumbang dalam longkang besar, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh dan berjaya dibawa naik pada jam 8.44 malam.
“Pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi kemudian mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, Hafisham dilaporkan berkata bomba menerima laporan kejadian pada jam 6.19 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan yang terletak hampir dengan kawasan perumahan di situ, sebelum dihanyutkan arus deras.
Hafisham berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain di kawasan itu bersama seorang rakan dan adiknya selepas hujan reda.
Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui separuh bogel dalam longkang
Budak 6 tahun jatuh longkang ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?
- Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?
- Dewan Rakyat mahu tahu apa sudah jadi pada kes rasuah Hakim Nazlan lantikan Mahathir.
- Sah Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti