Wan Saiful Di Heret Ke Mahkamah, UMNO Pula Yang Muhyiddin Salahkan
Wan Saiful Di Heret Ke Mahkamah, UMNO Pula Yang Muhyiddin Salahkan
Pagi semalam, Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminta rasuah dalam skandal Jana Wibawa.
Wan Saiful dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).
Sekiranya sabit kesalahan beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.
Beliau juga boleh di denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Wan Saiful didakwa meminta 2 suapan wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road.
Projek Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.
Suapan diterima menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd sebanyak RM6.9 juta.
Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022.
Baca di sini:
Muhyiddin Mula Meratib Salah UMNO
Tetapi apa yang menarik perhatian penulis adalah, Wan Saiful diheret ke mahkamah, tetapi presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, menyalahkan presiden UMNO pula.
Muhyiddin dakwa pendakwaan ke atas Wan Saiful adalah pendakwaan yang dirancang oleh presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/655820
Asas kepada tuduhan Muhyiddin adalah kerana DS Zahid pernah berkata, akan ada kluster mahkamah yang baharu sedikit masa lagi.
Penulis percaya, kenyataan DS Zahid itu adalah berdasarkan kekayaan luarbiasa PPBM yang sudah menjadi rahsia umum.
Amat meragukan bagaimana sebuah parti kecil yang baharu boleh memiliki dana yang sebegitu besar.
Sekiranya benar Muhyiddin yakin UMNO juga menerima suapan, lapurkan sahaja kepada SPRM supaya siasatan boleh dilakukan.
Secara jujur, penulis tidak nampak kaitan antara kes rasuah Wan Saiful dengan DS Zahid Hamidi.
Untuk pengetahuan Muhyiddin, pendakwaan terpilih atau pendakwaan bermotifkan politik atau pendakwaan berniat jahat adalah berbeza dengan kes Wan Saiful.
SPRM mendapati fakta dan bukti dalam kes Wan Saiful adalah jelas selepas SPRM melakukan siasatan penuh.
Tetapi pendakwaan berniat jahat yang sebenar adalah menuduh orang yang tidak bersalah dengan cara mencipta bukti palsu serta mengatur perbicaraan.
Contoh yang terbaik adalah kes SRC yang melibatkan DS Najib Razak.
Hakim diatur, perbicaraan dilakukan secara tergesa-gesa, siasatan tidak sempurna dan suspek utama tidak didakwa, malah tidak disiasat, tetapi musuh politik dipenjarakan.
Itu sebenarnya yang dikatakan pendakwaan terpilih serta bermotifkan politik dan berniat jahat.
Walau bagaimanapun, penulis mengucapkan selamat memasuki era baharu kepada Muhyiddin dan rakan-rakan seangkatan beliau.
Pasti akan ada ramai lagi yang akan diheret ke mahkamah kerana jumlah yang disiasat adalah RM92.5 bilion!!!
Muhyiddin tidak perlu bersedih kerana penulis pasti ini merupakan pendakwaan pertama tetapi bukan yang terakhir untuk pemimpin PPBM.
Wan Saiful Di Heret Ke Mahkamah, UMNO Pula Yang Muhyiddin Salahkan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman
- Kelantan Bentang Belanjawan Defisit Tapi Gaji ADUN & EXCO Di Naikkan
- Muhyiddin Pegawai Media Baharu SPRM