Mourinho kutip kad merah ketiga

ROME: Jose Mourinho dilayangkan kad merah ketiga musim ini ketika Cremonese merakam kemenangan Serie A pertama selepas 27 tahun.

Pengendali Roma itu didakwa memaki pegawai perlawanan sebelum diarahkan keluar padang di awal babak kedua.

Bekas pengendali Manchester United dan Chelsea itu mula mempersoalkan keputusan pengadil selepas Cremonese mendahului permainan menerusi Frank Tsadjout pada minit ke-17.



Bek kiri Itali, Leonardo Spinazzola menyamakan kedudukan hasil hantaran Gianluca Mancini dengan Mourinho memerhati dari tempat duduk penonton.

Bagaimanapun Daniel Ciofani meledak gol kemenangan Cremonese menerusi sepakan penalti minit ke-83 untuk melonjak tuan rumah mengatasi Sampdoria di tangga tercorot.

Jika menang ke atas Cremonese yang turut menyingkirkan mereka dari Piala Itali, akan meletakkan Roma kembali dalam kelompok empat teratas Serie A.



Roma akan berdepan pasukan di tangga ketiga La Liga, Real Sociedad dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa.

Cremonese kembali ke liga tertinggi Itali musim ini selepas muncul naib juara Serie B musim lalu.

Ia adalah kemenangan pertama mereka dalam kancah Serie A sejak Mac 1996.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button