Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat
Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat
TANAH MERAH: Perjalanan kereta api Ekspres Timuran dari Tumpat ke Johor tergendala apabila enjinnya tiba-tiba terbakar.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam tadi sebaik kereta api yang membawa 296 penumpang itu bergerak dari Stesen Tanah Merah selepas mengambil penumpang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata api tercetus dari enjin di bahagian kepala kereta api selepas memulakan perjalanan dari stesen berkenaan.
“Api tiba-tiba muncul di bahagian enjin ketika kereta api tiba di kawasan Taman Tasek Kiara iaitu kira-kira 500 meter dari Stesen Tanah Merah.
“Sepasukan 12 pegawai dan anggota bertungkus-lumus memadamkan api yang membabitkan kebakaran sebanyak 90 peratus.
“Semua penumpang selamat, namun seorang penolong pemandu mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Tanah Merah serta dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini.
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kepala kereta api terbakar, 296 penumpang selamat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akta SPRM Memberi Kuasa Untuk SPRM Menyiasat Siapa Sahaja Termasuk Ketua Hakim Negara
- Hadi Awang Dedahkan Perancangan PN Untuk Tumbangkan Kerajaan
- Dulu Mahathir pecat Ketua Hakim Tun Salleh Tidak perlu “adab” dan “protokol” pun.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Najib akan dapat perbicaraan semula?