Sukar untuk Rafizi laksana GST setelah rakyat di “program” benci GST

Oleh Adam Malik.

Apabila keadaan ekonomi negara menjadi lebih parah kerana negara masih bergantung kepada sistem cukai lapuk SST yang tidak telus dan mudah dimanipulasi oleh peniaga , maka untuk melaksana GST Kembali semakin bertambah sukar.

Ini kerana Pakatan Harapan versi Mahathir  pada pra PRU14 sendiri yang memomokan GST seperti takutkan hantu dengan menakut nakutkan rakyat “sana GST sini GST , itu GST dan ini GST”.



Maka, setelah minda rakyat diracun dan di program kan untuk benci GST , maka tentu lah sukar untuk melaksana kan nya Kembali.

Tiada dalam dunia negara seperti Malaysia.

Ini kerana negara lain didunia tiada Mahathir dan DAP.



DAP cuba mengelak GST kerana mahu peniaga peniaga pro Mereka lebih elok beri wang kepada Tabung DAP dari bayar cukai GST.

Mahathir pula kerana ketagih hendak jadi Perdana Menteri hanya ikut populariti semasa sahaja walupun tahu GST sangat baik dan hampir 150 lebih negara bertamadun ‘adopt’ GST.

Tambah lagi Mahathir hanya jaga kepentingan peribadi sahaja dan apa yang DAP mahu Ketika itu Mahathir ikutkan sahaja kerana menjadi Perdana Menteri lebih penting dari hal lain.

Negarawan kelas tiga.



Negara luar terbahagi kepada dua sahaja.

Yang belum laksana GST dan yang sudah laksana GST.

Tetapi Malaysia bukan dalam kategori dua negara ini, kerana Malaysia kera sumbang yang satu satu nya negara sudah laksana GST tetapi Kembali laksana SST dan kini apabila tersepit maka mahu laksana GST semula.

Indonesia pun tidak sebodoh Malaysia , begitu juga semua jiran lain seperti Singapura dan Thailand.



Kera sumbang sahaja belum laksana GST.

Papa New Guinea 10% dan Bostwana  12%

Malaysia dibelakang negara ketiga , sungguh memalukan.



Sama seperi Projek HSR , Malaysia mulakan dulu bawah Najib Razak, tetapi Kerajaan selepas Barisan Nasional membatalkan nya, dan Indonesia yang lambat dari Malaysia sudah pun beroperasi HSR nya.

GST pun Malaysia mulakan awal dari jiran tetapi kerajaan Mahathir kemudian membatalkan nya.

Akibat nya banyak aset tergadai untuk tampung kekurangan tunai dan terpaksa tambah hutang baru mencecah RM1 trillion.

Kemudian menyalahkan kerajaan BN pula.



Sedangkan MoF Mahathir beri Tax Holiday untuk gembirakan penyokong DAP yang majoriti nya peniaga.

Kembali kepada apa yang Rafizi katakan Malaysia mungkin ‘adopt’ GST semula berkemungkinan menyedari impak berbilion cukai tidak dibayar oleh ‘puak’ tertentu dan kos barang tidak juga turun.

Salah siapa? Jika fitnah perkara baik yang BN sudah lakukan.

Rakyat sudah di tune kepala otak nya asal dengar GST terus seperti dirasuk hasil kerja PH 1.0 termasuk lah lagu ABC GST ciptaan DAP.

Mak cik Mak long yang belanja dapur dan barang keperluan RM400 pun menyangka mereka keluar ribuan ringgit sebab Nampak GST dimana mana.

Sedangkan ia Cuma 6% sahaja terendah dalam Asia dan mungkin dunia.

Kini menyedari kos urus negara semakin meningkat dan penduduk negara semakin bertambah , maka jika pasarana mahukan kelas satu tetapi sistem percukaian ketinggaan zaman maka GST lah yang terbaik untuk dilaksanakan.

Banyak mana dikutip pun jumlah nya telus.

Najib Razak mampu beri BRIM dan pelbagai elaun tanpa menjual aset dan menambah hutang baru negara kerana GST.

PETRONAS tidak perlu dijarah kerana ada GST, tidak seperti kerajaan Mahathir menjarah PETRONAS sehingga kering kantong nya.

Kini , terserah kepada Rafizi untuk memikir bagaimana hendak laksana kan GST semula setelah menakut nakut kan rakyat tentang sistem percukaian itu.

The ball is at your feet.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button