JAIM rampas 50 tabung derma palsu untuk pusat tahfiz, madrasah tidak wujud

JAIM rampas 50 tabung derma palsu untuk pusat tahfiz, madrasah tidak wujud

JAIM rampas 50 tabung derma palsu untuk pusat tahfiz, madrasah tidak wujud
Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat menunjukkan antara tabung yang dirampas dalam Ops Tanggal, hari ini.

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas 50 buah tabung kutipan derma yang diletakkan secara haram di premis tumpuan awam seluruh negeri, hari ini.

Kesemua tabung dirampas dalam operasi khas Ops Tanggal, membabitkan terhadap restoran, kedai runcit, pasar raya dan stesen minyak yang dijalankan secara serentak, bermula jam 2 hingga 3 petang.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, berkata operasi itu tertumpu kepada beberapa lokasi yang sering dijadikan sasaran menjalankan pungutan khairat tanpa kebenaran, khususnya premis milik peniaga Islam.



Beliau berkata, kebanyakan tabung yang dirampas itu tidak mempunyai kebenaran daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Dalam operasi hari ini, sebanyak 21 premis diperiksa dan hasilnya sejumlah 50 tabung kutipan dirampas. Ia membabitkan kutipan bagi sumbangan ke pusat tahfiz dan madrasah yang tidak wujud.

“Tabung pungutan ini dirampas selepas didapati ada di antaranya tidak mendapat kebenaran MAIM. Meskipun ada yang mendapat kebenaran tetapi menjadi kesalahan apabila tabung itu ditinggalkan tanpa kehadiran wakil daripada institusi atau pertubuhan.

“Antara taktik digunakan segelintir institusi atau madrasah tidak wujud ini adalah meletakkan nombor telefon yang tidak dapat dihubungi pada tabung derma bagi meyakinkan orang ramai,” katanya pada sidang media selepas tamat operasi di Ayer Keroh, hari ini.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, kesemua hasil kutipan daripada tabung yang dirampas itu akan diserahkan kepada pihak pengurusan Baitulmal.

“Tindakan penguatkuasaan ini dibuat mengikut Seksyen 94, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) (Pindaan) 2022.

“Selain itu, pemilik premis juga boleh diambil tindakan penguatkuasaan kerana terbabit atau mengambil bahagian dalam pungutan khairat tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, pemantauan secara berkala akan diteruskan Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAIM bagi menyekat aktiviti pungutan khairat tanpa kebenaran MAIM dijalankan.



“Selain itu, pemantauan turut akan dilakukan terhadap institusi atau pertubuhan yang mendapat kebenaran menjalankan pungutan khairat, ini bagi mengelakkan berlaku penyelewengan atau salahguna pungutan wang khairat,” katanya.

Restoran pandu lalu geng plastik hitam

 



JAIM rampas 50 tabung derma palsu untuk pusat tahfiz, madrasah tidak wujud


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button