Dua rakyat AS ditahan hantar teknologi penerbangan ke Russia

Dua rakyat AS ditahan hantar teknologi penerbangan ke Russia

Dua rakyat AS ditahan hantar teknologi penerbangan ke Russia
IBU pejabat Jabatan Kehakiman AS di Washington.-AGENSI

WASHINGTON: Dua lelaki dari Kansas Amerika Syarikat (AS) ditahan kerana disyaki menghantar teknologi penerbangan secara haram ke Russia.

Menurut Jabatan Kehakiman AS, Cyril Gregory Buyanovsky, 59, dan Douglas Robertson, 55, yang memiliki dan mengendalikan syarikat dagangan KanRus berpakat melanggar undang-undang eksport AS untuk menjual peralatan penerbangan canggih ke Russia.

Jika sabit kesalahan, Buyanovsky dan Robertson bakal berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun kerana mengeksport barangan kawalan tanpa lesen.



Lapor BBC, mereka juga didakwa atas tuduhan konspirasi, memalsukan dan gagal memfailkan maklumat eksport elektronik serta menyeludup barangan yang bertentangan dengan undang-undang AS.

Pendakwa raya berkata, sejak tahun 2020, kedua-duanya cuba mengelak undang-undang eksport AS, tidak nyatakan nilai dan destinasi akhir sebenar penghantaran dengan menghalakannya melalui negara pihak ketiga.

“Antara November 2020 dan Februari 2021, kedua-dua lelaki itu menerima peralatan avionik untuk pembaikan di AS termasuk pemproses komputer dengan pelekat agensi keselamatan rahsia Russia.

“Defendan juga secara haram menghantar peralatan avionik melalui Armenia dan Cyprus ke Russia tanpa mendapatkan lesen yang sepatutnya,” jelas pendakwa raya.

Siasatan tersebut dijalankan oleh unit jabatan keadilan yang dikhaskan untuk melaksanakan sekatan terhadap kerajaan Russia sejak pencerobohan di Ukraine.



Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO

Dua rakyat AS ditahan hantar teknologi penerbangan ke Russia

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Pemilihan UMNO 2023: Calon Yang Menjadi Pilihan Utama Akar Umbi UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button