Netizen Kecam Wanita Bagi Bayi Hisap Vape

Sebuah video telah dimuat naik di Facebook (FB) mendapat perhatian warganet dan dikecam hebat apabila video tersebut memaparkan seorang wanita sedang memberi bayinya yang berusia 10 bulan menghisap vape.

Tidak bertanggungjawab

 

Menerusi video tersebut, kedengaran suara seorang wanita sedang bertanyakan bayi lelaki itu, ‘Adakah kamu mahu mencuba?’, sebelum dia memasukkan vape ke dalam mulut bayi tersebut.



Dalam pada itu, terdapat lagi sebuah video yang berkaitan memaparkan seorang rakan kepada wanita tersebut sedang ketawa selepas bayi itu tersedak ketika menyedut asap vape.

Susulan kejadian yang berlaku di Australia itu, pihak polis New South Wales telah mengambil tindakan dengan memeriksa keadaan bayi berkenaan. Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang mengecam tindakan wanita yang tidak bertanggungjawab itu.

Bagaimana anda boleh meletakkan vape itu ke dalam mulut anak sendiri dan melihat dia menghisapnya serta ketawa semasa dia tersedak?



Jadilah ibu yang lebih baik dan matang.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan dilihat sangat ego dan mempertahankan dirinya dengan membalas balik komen mereka.

Semua orang banyak bercakap tentang saya, lihatlah sendiri latar belakang kamu. Kamu juga tak sempurna, jadi teruskan sahaja mengkritik kerana kamu juga tidak berguna.

Sumber: New York Post



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button