Letup diri bersama puluhan kucing

New Jersey: Gara-gara tidak mahu diusir keluar, seorang wanita sanggup meletupkan diri bersama puluhan kucing miliknya.

Pihak berkuasa di Roosevelt, New Jersey berkata, kebakaran itu berlaku kira-kira 11 pagi, 1 Mac lalu merebak cepat menyambar seluruh rumah.

Daily Star melaporkan, polis baru-baru ini menyerahkan notis pengusiran kepada individu yang belum dinamakan itu, menyebabkan dia mengugutnya untuk melakukan perbuatan mengerikan itu.



Menurut CBS News, Leftenan Lawrence Peele dari Polis Negeri New Jersey berkata, pihaknya mendapat laporan memaklumkan seorang penduduk menghidupkan gas sebelum api dinyalakan.

Pasukan bomba kemudiannya dipanggil tetapi tidak dapat menyelamatkannya dalam kebakaran itu.

Rumah itu rosak teruk dan tidak dapat didiami lagi.

Datuk Bandar Roosevelt, Peggy Malkin memberitahu akhbar tempatan, wanita itu bekerja sebagai penjaga haiwan peliharaan dan mempunyai rumah kucing di rumahnya itu.



Bagaimanapun, tidak jelas berapa ramai yang terkorban.

Polis berkata, jiran mangsa dipindahkan semasa perselisihan dengan wanita itu sebelum kejadian itu berlaku.

Salah seorang jiran itu, Erin Luca memberitahu, mereka diarahkan pindah selepas wanita itu mengancam dengan bom.

Emma Quackenbush, yang tinggal di unit bersebelahan dengan wanita itu selama lebih dua dekad memberitahu radio tempatan dia kehilangan segala-galanya dalam kebakaran itu.



“Nampaknya rumah saya sudah tiada. Ia masih di situ tetapi tidak boleh didiami,” katanya.

Jiran ketiga pula berkata, teman lelaki wanita itu cuba mengusirnya selama beberapa tahun namun usahanya dihalang oleh moratorium pengusiran pada era pandemik oleh gabenor tempatan.

Agensi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading