Rakan ofis bangga ada ijazah

Asal ada staf baru masuk sibuk tanya ‘diploma ke degree?’

Rakan ofis bangga ada ijazah

Rakan ofis bangga ada ijazah
Lelaki tersebut rimas dengan sikap rakan sekerjanya yang suka membandingkan taraf pendidikan orang lain. Gambar hiasan

TIDAK dinafikan, mempunyai latar belakang dengan taraf pendidikan yang baik mampu menjamin masa depan yang cerah.

Maka tidak hairanlah ramai yang mengambil peluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana (master) atau doktor falsafah (PhD) bukan sahaja untuk menambah ilmu, bahkan untuk mempertingkatkan keupayaan diri dalam mengejar karier yang diimpikan.

Namun, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi bukanlah ‘lesen’ untuk menilai atau memandang rendah kepada orang lain.



Pasti ada antara kenalan atau orang di sekeliling kita yang bersikap sedemikian.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang individu ini, sebagaimana yang dipaparkan di laman Twitter @abudialsagoff.

 

Rakan ofis bangga ada ijazah
Ada segelintir individu yang suka memandang rendah kepada orang lain berdasarkan latar belakang pendidikan. Gambar hiasan

“Hina ke ada diploma je? Sekeliling aku ada degree. Lepas tu staf office seorang ni, bila orang baru masuk je, mesti tanya ‘degree ke dip?’. Bila aku first masuk pun macam tu juga,” kongsinya.



Malah menurut individu berkenaan, rakan sekerjanya itu juga seolah-olah ‘melabel’ mereka yang hanya mempunyai diploma tidak mempunyai masa depan yang cerah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Lepas tu pernah dengar dia cakap dengan orang lain ‘cerahlah sedikti masa depan kalau ada degree‘.

“Aku yang ada diploma je gelap ke masa depan?” luahnya lagi.

Kesiannya mentaliti. Kejayaan orang bukan diukur berapa banyak sijil yang kamu ada.

NETIZEN

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 1,661 ulang kicau.



Malah ia turut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya berpendapat mentaliti individu yang gemar membandingkan tahap pendidikan orang lain sebagai ‘low class’.

“Mempunyai ijazah, sarjana atau PhD tidak bermakna anda sentiasa lebih bijak daripada orang lain. Kebijaksanaan boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara, bukan hanya melalui pendidikan.

 

Rakan ofis bangga ada ijazah
Sebahagian komen netizen berpendapat tahap pendidikan bukan ukuran utama, sebaliknya adab.

“Adab lebih mahal daripada pendidikan. Tak kisah tak ada sijil atau ada sijil. Selagi tak ada adab, dialah yang paling lemah.



“Kesiannya mentaliti. Kejayaan orang bukan diukur berapa banyak sijil yang kamu ada,” demikian antara komen

Taylor Swift Terima Gelaran Doktor

Rakan ofis bangga ada ijazah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes “Audit Tempering” – Bukan soal Najib dan Arul menang , kes tidak patut wujud pun.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button