Jangan leka, peringatan Henderson kepada rakan pasukan

London: Jordan Henderson memberi amaran kepada rakan sepasukannya di Liverpool supaya tidak terlalu terbuai dengan kemenangan 7-0 ke atas Manchester United.

The Reds mencipta rekod kemenangan Liga Perdana ke atas pesaing mereka dan juga kekalahan paling teruk pernah dialami United di Anfield.

Liverpool kini masih meraikan kegembiraan membelasah United dan keputusan itu menyaksikan mereka kini berkedudukan tempat kelima dengan perbezaan tiga mata di belakang Tottenham di tangga keempat dan masih mempunyai baki satu perlawanan dalam tangan.



Newcastle pula di kedudukan kelima empat mata di belakang kelompok empat terbaik namun mempunyai baki dua perlawanan berbanding Spurs.

Liverpool kini mengumpul 13 mata daripada 15 mata yang ditawarkan tetapi Henderson tidak mahu rakan-rakannya terlalu selesa dengan kedudukan itu.

“Mudah-mudahan kami boleh menggunakannya dengan cara yang betul tetapi anda tidak boleh terlalu yakin dengan apa yang berlaku sekarang ini, itu pastinya,” katanya.



“Terdapat ujian berbeza di sepanjang perjalanan dari sekarang hingga akhir musim yang akan datang dan anda perlu kekal positif, kekal bersedia dan kekal lapar seperti yang berlaku Ahad lalu.

“Itu akan memberi kami peluang yang baik untuk menamatkan musim ini dengan baik.”

Henderson membuat permulaan ke-400 untuk Liverpool dalam semua pertandingan ketika mereka melakar kemenangan yang tidak dapat dilupakan ke atas United.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button