Rasuah: Pengurus jabatan Persekutuan di Terengganu direman
Rasuah: Pengurus jabatan Persekutuan di Terengganu direman
KUALA TERENGGANU: Seorang pengurus jabatan kerajaan Persekutuan di Terengganu direman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan suapan untuk dirinya.
Suspek berusia 44 tahun itu direman mulai hari ini sehingga Ahad depan bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Terdahulu, SPRM Terengganu menahan suspek ketika hadir memberi keterangan kira-kira jam 4.50 petang semalam.
Suspek dikatakan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk dirinya melalui perolehan kerja pembaikan kenderaan jabatan sekitar 2019 hingga 2022.
Suspek yang kini ditahan di lokap SPRM Terengganu dikatakan mengambil suapan kira-kira RM1,500 hingga RM6,000 bagi setiap perolehan.
Rasuah: Pengurus jabatan Persekutuan di Terengganu direman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :