Beberapa pemimpin PAS dan Kluster Broker cuba menghampiri Anwar?

(Gambar sekadar hiasan)

 

Oleh Adam Malik



Dalam perkembangan terkini , portal kami mendapat maklumat bahawa sudah ada beberapa kepimpinan Perikatan Nasional sudah mula berjinak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun maklumat menyebut nama dan Kluster Broker juga diberi gambar nya , namun tidak sesuai untuk disebut ditulisan ini.

Apa yang perlu diberitahu adakah Pemimpin pemimpin PN itu mahu merapatkan saf dengan kepimpinan Anwar Ibrahim atau kerajaan Pakatan Harapan 2.0?

Dan bagi Kluster Broker pula apa pula hajat nya mengadap Anwar?
Bukan kah Anwar dan kerajaan PH2.0 adalah musuh bagi kepimpinan PN?



Apapun,ramai juga yang membuat telahaan bahawa ada kepimpinan PN itu mahu merapatkan saf atas sebab terdesak memandangkan terdapat banyak kes kes sahih dan bukan dibuat buat sedang disiasat.

Kes kes yang sedang disiasat dan belum diumumkan ini elok dibuat sesuatu sebelum keluar kepada pengetahuan awam.

Namun , andaian kes apa sudah pun diketahui ramai sebab sudah ada media yang melaporkan terutama kes pembelian aset tentera dan lain lain.

Antara yang belum di istiyarkan ada lah pembukaan kes tebatan banjir, LCS dan Landswap MINDEF.



Apa pun, maklumat sebenar bertemu Anwar Ibrahim masih juga tidak diketahui secara rasmi.

Mungkin juga mahu berunding untuk berkerjasama dengan PH2.0.

Untuk pengetahuan, Tun Mahathir juga sedang cuba mahu ambil alih Perikatan Nasional melalui GTA.

Tun Mahathir memberi kenyataan kepada Media Jepun dan juga media dalam negara bahawa entity nya GTA akan menjadi badan induk menelan Parti PUTRA dan akan mahu berkerjasama dengan PN.



Jadi , adakah sebelum itu terjadi pemimpin PN terutama nya PAS mahu melompat ke gabungan yang lebih menguntungkan seperti PH2.0 maka pertemuan harus diadakan?

PAS sangat terkenal dengan ambil kesempatan pada situasi dan sudah beberapa kali menukar kesetian.

Sejak kebelakangan ini semakin ramai kepimpinan Parti Bersatu telah didakwa dan dijangkakan akan ada lagi beberapa ramai kerana kes JanaWibawa merangkumi berpuluh projek yang diagih agihkan kepada ramai kepiminan Bersatu.

Muhyiddin Yassin juga diandaikan tidak akan melepaskan peluang untuk menyeret nama orang UMNO apabila beliau dibicarakan nanti.



Namun, ramai menyatakan itu bukan orang UMNO tetapi kalangan Kluster Broker dan nama UMNO tidak harus diheret dalam skandal itu.

Apapun , apa yang dapat dilihat ada lah betapa terdesak nya kalangan kepimpinan PN dan cubaan mereka membuat ‘deal’ dengan Anwar.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button