Polis panggil Hannah Yeoh, Program ‘Jom Ziarah Gereja’

Kuala Lumpur: Polis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan membantu siasatan berkaitan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah kementerian itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.

“Kita akan merakam keterangan Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) pada hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.



Eng Lai berkata, setakat ini, polis juga menerima dua laporan berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini polis sudah merakam keterangan tiga individu yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil NGO bagi membantu siasatan,” katanya.

Ahad lalu media melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, walaupun program itu dibatalkan namun laporan polis diterima berhubung kes itu.



Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program ‘Jom Ziarah Gereja’ tidak membabitkan individu beragama Islam.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button