Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

Menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, pernah mengumumkan kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinannya berjaya menarik pelaburan sebanyak RM280 juta.

Beliau juga berkata, dengan kemasukan pelaburan baharu itu, ianya dijangka akan menyediakan 2,500 peluang pekerjaan dalam jangkamasa 5 tahun.



Sanusi juga berbangga dengan proses yang cepat , pelabur masuk dan boleh beroperasi dalam masa 10 bulan sahaja.

Pelaburan yang dimaksudkan Sanusi adalah dari Aspen Glove yang dijangkakan akan memulakan operasi pengeluaran sarung tangan di Kulim Hi Tech.

Untuk rekod, Kulim Technology Park (KPTC) telah membelanjakan sekitar RM25 juta untuk membangunkan prasarana kilang Aspen Glove.

Tetapi, ibarat disangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengahari.



Aspen Glove hanya beroperasi selama satu tahun sahaja sebelum menutup kilang berkenaan.

Persoalannya, bagaimana dengan pelaburan sebanyak RM25 juta yang telah dibelanjakan oleh KPTC untuk membangunkan prasarana kilang tersebut.

Sudahkah pelaburan tersebut telah mendapat pulangan sepenuhnya?

Apakah tidak ada perjanjian antara kerajaan negeri dengan Aspen Glove mengenai jeda waktu minima mereka mesti beroperasi di Kulim Hi Tech?



Atau kerajaan Kedah mengamalkan dasar yang terlalu terbuka kepada pelabur hingga mendatangkan kerugian puluhan juta kepada kerajaan negeri?

Untuk makluman, KPTC merupakan agensi yang berada di bawah kerajaan Kedah.

Apabila berlaku kerugian sebegini, sudah tentu ianya juga akan memberikan impak negatih kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri Kedah.

Sudahlah Kedah kehilangan pelaburan sebanyak RM7 bilion apabila projek KXP rupa-rupanya hanyalah sebuah projek membina bengkel baik pulih kapalterbang.



Kini Kedah kerugian lagi RM25 juta akibat dari tadbir urus yang tidak kompeten dari kerajaan negeri Kedah di bawah Sanusi.

Sekiranya keadaan sebegini berlarutan, Kedah pasti akan berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius.

Puluhan juta dibelanjakan, namun pulangan yang diharapkan hanyalah sekadar angan-angan.

 



Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button