Skincare Rutin Aaisyah Dhia Rana Raih Perhatian! [VIDEO]

“Betis Pun Kena Letak Losyen Jugak”

Skincare Rutin Aaisyah Dhia Rana Raih Perhatian! [VIDEO]

Skincare Rutin Aaisyah Dhia Rana Raih Perhatian! [VIDEO]

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Dan Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Segak Noh, Kita Dulu Buh Bedak Ja”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 103 ribu, tanda suka sebanyak 2,209 dan sebanyak 17 komen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini




Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam anak daranya itu sedang melakukan Skincare Rutin untuk menjaga kecantikkan kulit wajahnya.

“Nihh, betis betis pun kena buh lotion jugak tau Sya.”-Kata Che Ta

@rozitachewan1

Mak dia pun tk qajin laaaaaa nak menyapu itu ini kt muka , diaaaaaaa , pergh 🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #fyp #rozitachewan



♬ Anugerah Aidilfitri – Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen teruja melihat video Aaisyah itu. Mereka juga mengatakan bahawa kanak-kanak sekarang dah semakin maju dalam penjagaan kecantikkan, di mana mereka dulu hanya letak bedak sahaja.

Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapanya. Apa-apa pun semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Skincare Rutin Aaisyah Dhia Rana Raih Perhatian! [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pihak Yang Menentang KP UMNO Dalam Isu Stoking, Sila Lihat Video Ini



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button