Kilang dikecam pecat pekerja gagal ujian larian

Kilang dikecam pecat pekerja gagal ujian larian

Kilang dikecam pecat pekerja gagal ujian larian
SEORANG lelaki dipecat gara-gara gagal menamatkan ujian kecergasan ketika bekerja di sebuah kilang di wilayah Jiangsu, China.-GAMBAR HIASAN

BEIJING: Sebuah kilang pembuatan di China menerima kecaman warganet selepas didakwa memecat seorang pekerjanya kerana gagal menamatkan larian sejauh lima kilometer yang dijadikan sebagai syarat kelayakan ketika tempoh percubaan.

Menurut Oddity Central, lelaki dari bandar Suzhou di wilayah Jiangsu yang dikenali sebagai Liu memfailkan saman terhadap bekas majikannya selepas dipecat kerana tidak menamatkan larian berkenaan dalam tempoh 30 minit.

Liu dilaporkan memohon kerja di kilang alat ganti mekanikal dan selepas lulus beberapa siri ujian praktikal yang melibatkan kimpalan elektrik serta pemotongan gas, dia diumumkan berjaya mendapat pekerjaan itu.



Selepas membayar pemeriksaan perubatan menggunakan wangnya sendiri, Liu mula bekerja di syarikat itu namun beberapa hari kemudian dia dimaklumkan oleh seorang pegawai eksekutif untuk mengambil bahagian dalam ujian larian jarak jauh.

Liu berkata, dia tidak sempat berlatih dan lebih memburukkan keadaan, cuaca panas mencecah 40 darjah Celsius ketika ujian dijalankan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Mahathir Meroyan Lagi




Lelaki itu mendakwa selepas berlari kira-kira 800 meter di bawah sinaran matahari yang terik, dia mula mengalami simptom seperti strok haba dan segera menghentikan larian untuk kembali bekerja.

Keesokan harinya, Liu diberitahu dia gagal mempamerkan semangat bekerja keras tinggi sebagai syarat utama ketika tempoh percubaan gara-gara tidak menghabiskan larian tersebut dan terus dipecat.

Liu kemudian membawa kes itu ke mahkamah, mendakwa syarikat berkenaan gagal memaklumkan kepadanya tentang keperluan untuk lulus ujian kecergasan fizikal ketika sesi temuduga justeru pemberhentiannya menyalahi undang-undang.

Mahkamah Rakyat Suzhou bersetuju dengan penilaian terhadap situasi itu dan memerintahkan syarikat berkenaan membayar lebih 7,000 yuan (RM4,504 ) kepada Liu sebagai pampasan.



Kilang dikecam pecat pekerja gagal ujian larian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Mahathir Meroyan Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button