Keputusan seri lebih adil – Pan-gon

Oleh – Syeikh Baran


Keputusan seri lebih adil - Pan-gon
REAKSI Pan-gon pada perlawanan hari ini. FOTO BERNAMA

Pengendali negara, Kim Pan-gon menganggap keputusan seri mungkin lebih adil selepas anak buahnya beraksi cukup bertenaga sebelum tumbang 0-1 di tangan Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad, di sini, malam ini.

Jelas Pan-gon, pemain negara sudah memberikan segala-galanya dalam perlawanan namun jaringan pada masa kecederaan babak kedua menyaksikan pasukannya kempunan meraih mata.



“Kami menguasai dan mendominasi permainan sebaiknya. Ia kami mungkin lebih hampir untuk meraih seri tapi kami perlu menerima keputusan ini,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Dalam aksi itu, jaringan Ali Madan pada minit 95 meranapkan impian untuk pasukan meraih satu mata selepas turut tumbang 0-4 di tangan Jordan dalam aksi pertama kumpulan Selasa lalu.

Dengan keputusan berkenaan, Malaysia terpaksa pulang awal dan gagal melepasi peringkat kumpulan sekali gus tersingkir lebih awal.

Selepas ini, pasukan negara akan melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Khamis ini.



Sumber – Harian Metro


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading