Rins menang MotoGP Australia

PHILIP ISLAND, Australia: Penunggang Sepanyol, Alex Rins menang perlumbaan di MotoGP Australia sebentar tadi dengan pendahulu kejuaraan dunia, Fabio Quartararo terbabas seterusnya menjejaskan harapannya meraih gelaran.

Penunggang Suzuki itu memulakan aksi di petak ke-10 dan menamatkan saingan 0.186 saat di depan pelumba Sepanyol, Marc Marquez dengan Francesco Bagnaia ketiga seterusnya mendahului carta pungutan mata.

Penunggang Ducati, Bagnaia yang memulakan perlumbaan hanya dua mata di belakang juara bertahan dunia, Quartararo kini akan ke grand prix Malaysia dengan kelebihan 14 mata.



“Sesuatu yang menakjubkan untuk mencipta kemenangan ini,” kata Rins selepas kemenangan keempat dalam kariernya di MotoGP.

Quartararo bersama jentera Yamaha memulakan saingan di petak kelima tetapi membuat kesilapan besar pada selekoh kelima pusingan keempat dan jatuh ke kedudukan ke-22.

Dia mula mencipta masa sepusingan terpantas dalam usaha kembali mendapatkan mata tetapi membuat kesilapan pada pusingan ke-10 daripada keseluruhan 27 pusingan apabila hilang kawalan di selekoh dan terbabas.

Penunggang Perancis itu kini gagal memungut mata dalam tiga grand prix terakhir yang menyebabkan dia semakin sukar mengejar kejuaraan.



Penunggang Ducati dari Australia, Jack Miller memulakan saingan 40 mata di belakang Quartararo, masih ada peluang tipis untuk menang, naik ke kedudukan keempat seepas menamatkan saingan lebih awal.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading