Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor

Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor

Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor
TUNKU ABDUL RAHMAN (empat dari kanan) menerima replika cek tajaan daripada pelbagai pihak pada Majlis Pelancaran dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan SOJC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Skuad Young Tigers menyasarkan untuk sekurangnya berada di kedudukan ketiga terbaik dalam kejohanan hoki antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 edisi ke-11.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kejohanan itu akan menjadi medan buat Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Piala Dunia Hoki Junior.

“Persiapan pemain pada tahap terbaik dan berjalan lancar. Kita sasar sekurangnya berada di kedudukan tiga terbaik.



“Berdasarkan prestasi semasa, kita harap pemain dapat memberi saingan terbaik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Penyampaian Cek Penajaan Kejohanan SOJC 2023 yang disempurnakan oleh Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim di sini hari ini.

SOJC 2023 yang membuka tirainya pada Oktober depan menyaksikan lapang negara bakal berentap di Stadium Hoki Taman Daya, di sini termasuk pasukan gergasi seperti Great Britain, India, German, Australia, Afrika Selatan, New Zealand, Pakistan dan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Malaysia sasar kedudukan tiga terbaik pada kejohanan hoki Piala Sultan Johor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tidak benar ahli UMNO tidak berpuas hati dengan Amizar



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading