PNB perkukuh komitmen memaju kemajuan dalam inovasi

PNB perkukuh komitmen memaju kemajuan dalam inovasi

PNB perkukuh komitmen memaju kemajuan dalam inovasi
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda menyampaikan ucapan alu-aluannya di PNB Knowledge Forum 2023.

PETALING JAYA – Anak syarikat penyelidikan milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), PNB Research Institute Sdn. Bhd. (PNBRI) baru-baru ini menganjurkan siri pertama PNB Knowledge Forum (PKF) 2023 dengan tema Memanfaatkan Inovasi dan Teknologi untuk Perniagaan Mampan.

PKF menampilkan empat syarikat pelaburan PNB, iaitu Sime Darby Plantation Berhad, Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) yang merupakan peneraju pasaran dan telah berjaya menerapkan pendekatan inovatif dan teknologi disruptif ke dalam sektor masing-masing.

Pembentangan Sime Darby Plantation, bertemakan ‘Plantations Reimagined’, menampilkan inovasi yang menyumbang kepada kepimpinan pasaran yang mampan dan kecemerlangan organisasi dalam rantaian nilai sektor perladangan.



Sementara Sime Darby Berhad berkongsi perjalanan ‘elektrifikasi’ syarikat tersebut, dalam usaha mengambil peluang baharu yang muncul daripada penggunaan kenderaan elektrik.

Maybank, menepati etos ‘Menginsankan Perkhidmatan Kewangan’ mempamerkan inovasi berterusan syarikat bagi penyelesaian kewangan yang mudah, intuitif dan tertumpu kepada pengalaman manusia, manakala Perodua berkongsi perjalanan ‘Moving Malaysia’ yang menampilkan ciri robotik dan inovasi teknologi dalam pengeluaran automotif.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, strategi dan pendekatan inovatif dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi akan melakarkan trajektori pembangunan dan pertumbuhan perindustrian Malaysia sehingga 2030.



“Inovasi akan terus menjadi faktor kritikal untuk memacu dan meningkatkan daya saing negara.

“Besar harapan saya agar penglibatan ini akan membantu memupuk komuniti amalan untuk inovasi dan penambahbaikan berterusan di Kumpulan PNB, syarikat pelaburan dan korporat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

PKF telah dihadiri oleh lebih 500 orang peserta, terdiri daripada pembuat-pembuat dasar, ahli-ahli kepimpinan utama, dan ahli-ahli pengurusan kanan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam. – KOSMO! ONLINE

PNB perkukuh komitmen memaju kemajuan dalam inovasi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading