Lelaki mengaku paling kacak dan diminati ramai wanita

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mengaku paling kacak dan diminati ramai wanita
SEORANG lelaki mengalami gangguan khayalan cinta yang menyebabkan dia menganggap dirinya diminati ramai wanita . – SHUTTERSTOCK

Seorang lelaki dari wilayah Jiangsu dikenali sebagai Liu menganggap wanita di sekelilingnya suka kepada dirinya, lapor akhbar Insertlive semalam.

Bagaimanapun,  Liu disahkan mengalami sindrom khayalan cinta pada Februari lalu.



Lebih teruk, Liu menunjukkan kasih sayang kepada wanita dikenalinya dengan cara tidak sepatutnya.

“Saya rasa semua wanita di kampus saya menyukai saya,” kata Liu. 

Sementara itu, seorang doktor yang merawat keadaan Liu bernama Lu Zhenjiao, berkata,  lelaki itu turut menganggap dia adalah orang paling kacak di universitinya.

“Liu mendatangkan banyak masalah kepada rakan-rakan di  kolejnya,” kata doktor berkenaan.



Laporan portal berita Litchi News menyatakan,  Liu menerima rawatan di hospital selepas disahkan menghidap simptom ‘gangguan khayalan cinta’.

Tambah doktor, gangguan itu  sering berlaku pada bulan April dan Mei apabila musim bunga tiba. 

Liu sedang berusaha untuk pulih dan masih mengambil ubat serta menjalani psikoterapi. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button