Dapat cincin berlian kerana selamatkan kanak-kanak di jalan raya

Oleh – Syeikh Baran


Dapat cincin berlian kerana selamatkan kanak-kanak di jalan raya
AL ANZI mendapat hadiah mewah termasuk kuda selepas menyelamatkan nyawa seorang budak. – Foto Gulf News/Tangkap Layar Video

Seorang lelaki Arab Saudi dipuji dan menerima pelbagai  hadiah mewah selepas berita dia menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dilanggar di luar  Riyadh tersebar meluas, lapor portal berita Gulf News semalam.

Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan lelaki bernama Abdullah Al Anzi itu memberhentikan keretanya apabila melihat seorang kanak-kanak berjalan di tengah jalan raya di bandar Al Kharj, tenggara Riyadh.



Dia menghentikan keretanya untuk membolehkan kanak-kanak tersebut  melintas dengan selamat.

Ketika Al Anzi berbuat demikian, dia melihat sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah kanak-kanak itu.

Dia pantas mengalihkan kenderaannya sekali gus menghalang kereta tersebut yang kemudian merempuhnya dalam usaha menyelamatkan mangsa. budak lelaki tersebut tidak cedera dalam kejadian itu.

Laman berita Arab Saudi,  Al Marsd melaporkan bahawa sebuah kedai barangan kemas  menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada  Al Anzi dan turut memberikan sebutir lagi kepada ibu budak itu.



Seorang ahli perniagaan, Sheikh Hazah Aba Al Rus turut memberikan hadiah berupa wang tunai, pedang, kuda Arab dan jubah tradisional kepadanya. 

Al Anzi turut mendapat lebih banyak hadiah termasuk tawaran untuk membaiki keretanya selain insurans dan bekalan petrol selama setahun. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading