Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk

Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk

Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk

Tentu kita masih ingat bagaimana pemimpin Perikatan Nasional dengan angkuhnya mendakwa dakwaan parti tersebut menggunakan dana judi dalam pilihanraya sebagai fitnah berniat jahat.

Kemudian pihak SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa SPRM belum lagi membuka kertas siasatan berkenaan isu berkenaan.

Maksud pihak SPRM bukanlah isu tersebut didapati tiada asas untuk disiasat.



Tetapi kenyataan SPRM itu bermaksud, isu tersebut dalam senarai giliran menunggu untuk disiasat.

Ini kerana kita semua maklum, terlalu banyak siasatan yang perlu dilakukan oleh pihak SPRM.

Terutamanya berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Sememangnya menjadi amalan, kes yang akan disiasat dahulu adalah kes yang sudah mempunyai bukti yang kukuh.



Sementara kes yang belum lagi dapat dikumpulkan bukti akan disiasat apabila bebanan siasatan sudah mula berkurangan.

Tetapi kenyataan SPRM itu telah dengan sengaja dipetik dari konteks yang salah.

Ianya bertujuan untuk menggambarkan kononnya dakwaan isu dana judi adalah fitnah.

Kini, SPRM sudah memulakan siasatan terhadap isu dana judi yang digunakan oleh parti tertentu dalam kempen pilihanraya.



Dari siasatan awal mendapati, ada bukti yang kukuh, dana judi digunakan dalam kempen PRU 14, PRU 15 dan juga PRN 6 negeri.

Antara RM6 hingga RM7 juta diterima pihak yang berkenaan selepas syarikat perjudian terbabit diberi lesen operasi ke atas mesin slot di kelab persendirian dan persatuan tertentu.

Kes tersebut terbongkar selepas 13 individu termasuk seorang Tan Sri ditahan SPRM pada Rabu lalu.

Syarikat judi tersebut juga dikatakan dipaksa menaja pelbagai aktiviti membabitkan VIP.



Antaranya seperti bermain golf di kelab-kelab mewah.

Beberapa individu bergelar Datuk Seri dan Datuk berada dalam siasatan.

Mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan memandangkan ada antara me­reka kini berada di luar negara.

Jadi, siapa sahaja yang terlibat, persiapkan diri dan jangan lari seperti menantu Muhyiddin Yasin.



Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading