Syabu setengah juta dalam kereta

Oleh – Syeikh Baran


Syabu setengah juta dalam kereta
Gambar Hiasan

Kegiatan pengedaran dadah dipercayai untuk pasaran di Selatan tanah air tumpas dengan penahanan enam lelaki dan rampasan dadah dipercayai jenis syabu dengan nilai rampasan RM416,006.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, bertindak atas maklumat dalam Ops Tapis sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah menahan enam suspek lelaki di tepi jalan Sungai Ujong berhadapan Stesen Bas Terminal One di sini pada pukul 9 malam, 12 Mei lalu.



“Suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan dan empat lelaki warga asing yang berusia antara 28 hingga 46 tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta suspek menjumpai lima bungkusan dadah disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat lebih lima kilogram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, berdasarkan siasatan dadah tersebut dipercayai adalah untuk pasaran Selatan Semenanjung Malaysia dan boleh dibekalkan kepada 10,406 penagih dadah jenis syabu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button