PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

Oleh – Bakhtiar Omar

PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

PRK Pulai (Pilihanraya Kecil) P161, akan menjadi cabaran besar buat Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi untuk membuktikan penubuhan Kerajaan Perpaduan berbaloi kepada rakyat.



Menerusi PRK ini, rakyat akan boleh memberi gambaran apa akan berlaku dalam tempoh 4 tahun akan datang.

Samada Kerajaan Perpaduan ini mampu mentadbir urus negara dan rakyat dengan baik atau sekadar retorik politik.

CABARAN BESAR BN TANPA KELIBAT NAJIB SANGAT DIRASAKAN

PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

Kemaraan serta prestasi Perikatan Nasional yang telah ditunjukkan dalam PRN 6 negeri tempohari tidak boleh di pandang mudah Anwar dan Zahid.



Perlu diingat, walaupun BN Johor berjaya membuktikan kemampuan mereka menawan semula DUN Johor pada PRN Johor, keadaan ketika itu tidak sama seperti hari ini.

Ketika itu, bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib turun padang bertemu rakyat dan membantu kempen Barisan Nasional mencakupi keseluruhan negeri Johor.

Sambutan yang diberikan rakyat kepada Najib menjadi antara petanda rakyat kembali menerima BN untuk menguruskan negeri Johor.

Kini, segala bebanan tersebut akan dipikul Zahid Hamidi dan Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Johor. Bukan mudah cabaran ini untuk ditangani apabila buat pertama kali BN bekerjasama dengan Pakatan harapan di Johor. 



Sukar untuk mereka yang dibesarkan dengan doktrin Umno untuk menerima hakikat bahawa mereka kini bersama dengan Pakatan Harapan yang merupakan musuh selama ini.

Usaha untuk menyejukkan hati para pengundi juga bukan mudah buat Umno mahupun BN kali ini. Belum lagi menyentuh bab sabotaj yang perlu diletakkan dalam cabaran PRK Pulai.

PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

166,653 PENGUNDI PULAI AKAN MENETUKAN NASIB BARISAN NASIONAL, PAKATAN HARAPAN

Di bawah Parlimen Pulai ada 2 DUN iaitu N46 Perling dan N47 Kempas yang menyaksikan jumlah keseluruhan pengundi ialah 166,653 seperti direkodkan Suruhanjaya Pilihanraya pada 2023.



Daripada 166,653 pengundi tersebut, pengundi Melayu menguasai 44.5%, Cina 40.2%, India 12.2% manakala Lain-Lain Kaum ialah 3.1%.

Bagaimanapun, sentimen tertentu akan dimainkan pihak lawan bagi menarik perhatian pengundi, malah, dijangkakan pihak lawan akan berpeluang sekurangnya mendapat 40% undi dari Pengundi Melayu jika PHBN tidak dapat menyakinkan pengundi dalam siri kempen mereka.

ADAKAH PENGUNDI UMNO AKAN BEKERJASAMA MEMBERI UNDI KEPADA CALON PERPADUAN?

PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

Sudah terhidu protes terhadap calon Perpaduan pada PRK Pulai telah ditunjukkan dengan jelas. Isyarat awal yang ditunjukkan tidak menyebelahi BN dan ini perlu difikirkan secara serius oleh kepimpinan tertinggi Umno.



Mengapa protes ini boleh berlaku? Adakah kerana sakit hati? Atau ketamakan satu pihak yang memonopoli dua kerusi DUN dan Parlimen tanpa memberi laluan kepada Umno untuk mendapat salah satu kerusi pada PRK ini?

Atau, ahli Umno dan penyokong Umno sendiri berpendapat Presiden Umno, Zahid Hamidi semakin ‘lembik’ bila mendapat jawatan dalam kabinet sehingga membelakangkan laungan “No Anwar, No DAP, No PPBM” ketika berucap di hadapan ribuan ahli Umno di Dewan Merdeka?

PRK Pulai, cabaran besar buat Anwar-Zahid buktikan Perpaduan

Bagi mereka bukan sahaja Zahid seorang yang nampak ‘naik lemak’ tetai hampir semua kepimpinan Umno yang mempunyai jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan kini semakin tunduk kepada Anwar Ibrahim dan kehendak Pakatan Harapan.



Perlu diingat, serangan saraf oleh pihak lawan telah berjaya memanipulasi pemikiran sebahagian besar ahli dan penyokong Umno.

Apa pula gerakan dari Umno termasuk Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan Umno bagi membetulkan keadaan? Perlu diingatkan, Umno bukan sebuah syarikat sendirian berhad yang hanya beroperasi dengan persetujuan 6 orang ahli lembaga pengarah. 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button