Jemaah perlu ganti puasa, masjid laung azan 4 minit awal

Oleh – Syeikh Baran


Jemaah perlu ganti puasa, masjid laung azan 4 minit awal
Gambar Hiasan

Masjid Prima Saujana Kajang, dekat sini semalam terkhilaf selepas melaungkan azan maghrib empat minit lebih awal daripada waktu sebenar berikutan masalah teknikal.

Justeru itu, Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun berkata, pengurusan masjid memohon maaf kepada jemaah yang terjejas ibadah puasa mereka semalam.



“Jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button