Lina Mukherjee mengaku tiga kali makan babi

Jakarta: Polis Wilayah Sumatera Selatan, memanggil pempengaruh Indonesia, Lina Mukherjee untuk siasatan kes menghina Islam kerana aksinya memakan khinzir sambil membaca Bismillah dalam video kandungan TikToknya, baru-baru ini.

Pengarah Siasatan Jenayah Khas, Komisioner Agung Marlianto berkata, wanita itu dipanggil untuk siasatan selepas asksinya itu dilaporkan seorang Ustaz M Syarif Hidayat kerana mempersendakan Islam pada 15 Mac lalu.

“Selain melakukan siasatan, kami mendapatkan beberapa pandangan termasuk pakar bahasa, ITE dan jenayah bagi memastikan sama ada kandungan video Lina Mukherjee yang memakan khinzir itu adalah perbuatan jenayah.



“Kami juga sudah menerima surat pemberitahuan hasil fatwa MUI pada 18 April lalu yang menyatakan apa yang dilakukan Lina Mukherjee termasuk mempersendakan agama.

“Oleh itu, kami namakannya sebagai suspek untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Katanya, suspek akan ditahan sekiranya tidak hadir pada kali kedua.

“Dia tidak hadir pada kali pertama sebelum surat kedua diberikan dan sekiranya tidak datang juga, kami akan mengeluarkan surat ketiga dan waran tangkap,” katanya dalam Detik.com.



Dalam video terbaharu yang tular, Lina Mukherjee mengaku sudah tiga kali makan makanan haram bagi umat Islam itu.

“Saya sudah makan khinzir tiga kali iaitu pertama di Sri Lanka, tetapi waktu itu saya tidak sengaja makan kerana tidak tahu bahasa Inggeris ‘pork’ itu adalah khinzir.

“Kali kedua saya makan ketika pergi ke sebuah majlis seorang rakan bukan Islam.

“Dan ketiga ini aku (makan) dengan sengaja kerana ingin tahu rasa apa keropok khinzir yang trend di TikTok,” katanya.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button