Konflik Gaza buka hati aktivis AS peluk Islam

Oleh – Syeikh Baran


Konflik Gaza buka hati aktivis AS peluk Islam
JEFFERY (tengah) dan isterinya (kanan) memeluk Islam di hadapan Omar pada hari pertama Ramadan di Dallas. – Foto Hidayatullah.com

Seorang penulis dan aktivis Amerika Syarikat (AS), Jeffery Shaun King bersama isterinya, Rai King memeluk agama Islam pada hari pertama bulan Ramadan, lapor laman berita Daily Sabah semalam.

Kedua-dua mereka secara terbuka melafazkan kalimah syahadah semasa sesi secara langsung di Instagram. Ia dikendalikan oleh rakan mereka, Omar Suleiman di Pusat Islam Valley Ranch, Dallas, Texas.



Omar ialah seorang tokoh cendekiawan Islam di AS.

Memakai keffiyeh tradisional Palestin, Jeffery, 44, mengaitkan keputusannya untuk berhijrah itu dengan kesan mendalam selama enam bulan terhadap penderitaan, kesakitan dan trauma penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Berucap di hadapan orang ramai, beliau melahirkan rasa kagum terhadap ketabahan penduduk Gaza yang meneruskan hidup di tengah-tengah kemusnahan dan kehilangan orang tersayang.

“Kepercayaan dan pengabdian mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati jutaan manusia di seluruh dunia,” kata Jeffery.



Dikenali kerana sokongan lantangnya terhadap Palestin akibat serangan tentera Israel, Jeffery secara aktif berkongsi tentang kemusnahan Semenanjung Gaza di media sosial sejak 7 Oktober tahun lalu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button