Hidang makanan tercemar, cef bertaraf Michelin dipenjara

Oleh – Syeikh Baran


Hidang makanan tercemar, cef bertaraf Michelin dipenjara
Marco Sacco dipenjara dua bulan dan 20 hari – DAILY STAR

Seorang cef bertaraf Michelin dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas menghidangkan makanan yang dijangkiti Norovirus kepada tetamu sebuah majlis perkahwinan, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Cef berasal dari Itali, Marco Sacco, 59, turut diarah membayar denda €21,073 (RM107,962) selepas beberapa orang jatuh sakit akibat makan kerang mentah dalam hidangan risotto di restoran Piccolo Lago di Verbania, Lake Maggiore pada 2021.



Tetamu dilaporkan mengalami loya, muntah-muntah dan sakit perut selepas makan hidangan itu malah ada yang dimasukkan ke hospital.

Sacco dan pengurus restoran, Raffaella Marchetti didakwa di sebuah mahkamah di Itali atas kecuaian dan perdagangan bahan makanan berbahaya.

Laporan menyatakan bahawa kerang yang diimport dari Perancis itu telah dijangkiti Norovirus sebelum Sacco memasukkannya ke dalam risotto. Ia kemudian dihidangkan secara mentah kepada tetamu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading