Penduduk gempar temui monolit misteri

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk gempar temui monolit misteri

Pejalan kaki yang melalui bukit Hay Bluff berhampiran bandar Hay-on-Wye, Britain terkejut apabila mereka menemui sebuah blok keluli setinggi 304.8 sentimeter di sebuah kawasan tanah lapang, lapor akhbar Daily Express semalam. 



Keliru dengan kejadian itu, mereka menyiarkan foto objek tersebut di internet. Ia sekali gus mencetuskan beberapa teori konspirasi berhubung individu yang meletakkannya dan punca ia berada di situ.

Penemuan itu berlaku hampir empat tahun selepas pelbagai versi monolit seumpama itu dikesan di seluruh Britain dan Amerika Syarikat, terutamanya di Pantai Compton di Isle of Wight.

Tiang-tiang keluli tersebut menarik perhatian berjuta-juta pengguna di media sosial, di mana orang ramai mula tertarik untuk mengetahui mengenai objek berkenaan.

Sesetengah orang mempercayai bahawa ia adalah satu bentuk gurauan, manakala sebilangan yang lain menganggap ia berpunca daripada makhluk asing.



Salah satu teori yang paling popular adalah ia sebenarnya sebahagian daripada karya seni. 

“Saya fikir ia kelihatan agak pelik, namun ia mungkin merupakan penyelidikan media saintifik yang mengumpul air hujan. Namun kemudian, saya menyedari bahawa ia terlalu tinggi dan pelik untuk itu,” kata seorang pendaki, Richard Haynes. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading