Kena sawan tujuh jam sebelum makan besar

Oleh – Syeikh Baran


Kena sawan tujuh jam sebelum makan besar
Bekas ADUN Bandar, Azan Ismail (kiri) ketika membantu warga emas diserang sawan di hadapan tokong di Kampung Tiong, Kuala Terengganu. – NSTP/BAHAROM BAKAR

Seorang lelaki 64 tahun diserang sawan tujuh jam sebelum bersama keluarga untuk makan besar di sebuah restoran, di sini hari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Lelaki dari Air Jernih, di sini, tiba-tiba terjatuh daripada kerusi ketika sedang berehat di hadapan tokong di Kampung Tiong, kira-kira jam 11.30 pagi tadi dan tidak sedarkan diri selama kira-kira 15 minit.



Orang ramai yang berada sekitar tempat kejadian bergegas membantu, termasuk memberi pertolongan kecemasan sebelum lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zaharah (HSNZ) menggunakan ambulans.

Turut bersama membantu warga emas itu adalah Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu, Azan Ismail yang hadir pada program pengagihan limau sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Azan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar turut memasang perhiasan dan kad ucapan perayaan berkenaan di beberapa kediaman warga emas yang uzur di Kampung Cina, selain limau mandarin kepada pengguna kenderaan melalui jalan Kampung Cina.

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading