Ronaldo meraih jaringan ke-701

PARIS: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama Manchester United sejak enggan masuk sebagai pemain gantian minggu lalu dalam kemenangan 3-0 mengatasi Sheriff Tiraspol pada aksi Liga Europa sebentar tadi.

Kemenangan berkenaan yang turut dicapai menerusi gol Diogo Dalot dan Marcus Rashford, memastikan Red Devils tempat ke pusingan seterusnya ketika mereka akan menyertai Barcelona yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara 24 jam sebelum itu.

Pengurus United, Erik ten Hag tidak membawa penyerang Portugal itu bersama skuad United bagi aksi Sabtu lalu ketika seri dengan Chelsea dan dia hanya dibenarkan kembali ke latihan pasukan utama minggu ini.



“Melihat Ronaldo mendapatkan gol adalah sesuatu yang hebat,” kata ten Hag kepada BT Sport.

“Dia menciptanya, pasukan mencipta buatnya dan kita tahu dia ada kemampuan untuk menyudahkannya.

“Dia perlukan gol dan kini saya yakin akan ada lebih banyak gol,” katanya.

Ronaldo, 37, bermula di depan dengan pemain sayap berusia 18 tahun dari Argentina, Alejandro Garnacho membuat penampilan pertama bersama skuad senior.



Pertahanan kanan, Dalot membuka jaringan sebelum rehat dengan Rashford menggandakan kelebihan berbaki 25 minit permainan.

Ronaldo meraih jaringan ke-701 sepanjang kariernya bersama kelab dan menjamin tiga mata berbaki sembilan minit aksi.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button