Ibu Aliff Aziz ‘unfollow’ Bella di Instagram

 

Oleh Pena Merah

Ibu Aliff Aziz 'unfollow' Bella di Instagram
Aliff bersama ibunya

Ibu penyanyi Aliff Aziz, iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti atau ‘unfollow’ menantunya, Bella Astillah di Instagram (IG).

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Harian Metro, akaun IG Bella Astillah masih mengikuti akaun ibu mentuanya, @fizaaziz.



Dalam pada itu, hantaran dimuat naik Hafiza berbunyi ‘Aku malu saat dianggap baik padahal aku seorang pendosa hebat, hanya saja Allah sedang menutupi aibku’ mendapat pelbagai reaksi netizen.

Di ruangan komen, seorang pengguna menyarankan agar Hafiza berhenti menyebelahi anaknya.

Dalam masa sama, ramai juga yang memberikan kata-kata semangat dan doa buat Hafiza sekeluarga.

Terdahulu, dunia hiburan gempar dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.



Namun, mereka dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang hari sama dan mereka bakal didakwa dengan kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut.

Berikutan itu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff namun sebutan ditangguhkan apabila aktor itu tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.

Khamis lalu, Aliff dan Ruhainies tampil menjelaskan kejadian sebenar mereka ditangkap. Mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. – HM Online




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading