Kerajaan Qatar sedia dana AS$300,000 untuk pelajar pelarian di Malaysia


Fahad Mohammed Kafoud (file photo)

02/12/2020 08:29 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis — Kerajaan Qatar berikrar menyediakan dana AS$300,000 (RM1.2 juta) bertujuan menyokong program pendidikan anak-anak pelarian di Malaysia untuk membantu mereka mengharungi cabaran mendapatkan akses pendidikan yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19.

Dana akan digunakan untuk melabur dalam infrastruktur digital bagi menambah baik pendidikan murid dan pelajar di pusat-pusat pembelajaran pelarian di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).



Ia secara langsung memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 1,500 kanak-kanak dan remaja serta 200 guru di 69 pusat pembelajaran pelarian di Malaysia.

Menurut kenyataan Kedutaan Qatar di Malaysia, selain itu UNHCR melalui rakan badan bukan kerajaan (NGO) pendidikannya, Jaringan Rohingya Education Center (JREC) akan mengedarkan 1,500 tablet dan 200 tablet pro beserta aksesori di pusat pembelajaran berkenaan.

Duta Qatar ke Malaysia Fahad Mohammed Kafoud berkata, sumbangan itu sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan.

“Ini akan memastikan pelajar pelarian di pusat pembelajaran UNHCR terus mendapat akses pendidikan walaupun ketika sekolah ditutup,” katanya semasa upacara penyerahan beberapa tablet kepada pusat pembelajaran pelarian.



Menurut kenyataan itu lagi sejumlah 165 tablet beserta aksesori turut disumbangkan kepada Institut Kiblah untuk pelajar Malaysia.

Data PBB menunjukkan 1.6 bilion pelajar di seluruh dunia, termasuk jutaan pelarian, mengalami masalah pendidikan disebabkan COVID-19.

QATAR DERMA USD50 JUTA UNTUK PROGRAM PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA, KEMANA PAKATAN HARAPAN SALURKAN?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button