Sukan Olimpik: Impian Sun Yang ke Paris lebur

Sukan Olimpik: Impian Sun Yang ke Paris lebur

Sukan Olimpik: Impian Sun Yang ke Paris lebur
YANG digantung oleh WADA sehingga Mei 2024 ekoran kesalahan penggunaan bahan terlarang pada 2020.

BEIJING – Harapan atlet renang kontroversi China, Sun Yang untuk membuat kemunculan pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak kesampaian selepas tidak melepasi kriteria yang ditetapkan oleh Persatuan Renang China.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk itu, barisan atlet renang yang akan mewakili negara Tembok Besar pada temasya sukan paling berprestij itu perlu bersaing pada Kejohanan Akuatik Dunia edisi 2023 dan 2024.

Situasi tersebut sekali gus meranapkan impian Yang memandangkan bekas pemenang enam pingat emas Sukan Olimpik itu masih lagi menjalani penggantungan ekoran kes doping sehingga Mei depan.



“Perenang yang mendapat kedudukan lapan terbaik pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Jepun dan edisi 2024 di Doha yang akan berlangsung pada April nanti akan layak mewakili China ke temasya Olimpik tahun depan,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Yang, 32, telah digantung selama lapan tahun oleh Agensi Doping Antarabangsa (WADA) pada 2020 sebelum hukuman tersebut dikurangkan sehingga Mei 2024 selepas rayuan diterima Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menara Ilham Tenang, Cuma Pemiliknya Tak Berapa Nak Tenang




Yang dalam satu kenyataan mengakui masih belum putus harapan kerana mahu menjadikan Paris sebagai medan terakhir untuk beraksi secara kompetitif sekali gus membuat kemunculan buat kali keempat di arena Olimpik.

“Sukan renang sudah sebati dengan hidup saya dan cukup bersemangat untuk buat apa sahaja agar dapat kembali lagi selepas ini,” katanya. – AGENSI

Sukan Olimpik: Impian Sun Yang ke Paris lebur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading