Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun

Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun

Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun
FOTO pada 18 Julai lalu menunjukkan orang ramai menggunakan payung ketika cuaca panas di Tokyo. FOTO AFP

Tokyo: Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun pada Khamis, dengan amaran strok haba dikeluarkan untuk kesemua atau sebahagian daripada 35 wilayah, daripada keseluruhan 47 wilayah, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), lapor Xinhua.

Agensi cuaca berkata sistem tekanan tinggi yang dominan memacu suhu dari barat ke utara Jepun dan suhu dijangka meningkat lebih tinggi pada sebelah petang.

Bandar Koshigaya di wilayah Saitama mencatatkan suhu 37.5 darjah Celsius sebelum tengah hari, manakala pusat bandar raya Tokyo mencatatkan 35.6 darjah Celsius.



Suhu tertinggi pada 39 darjah Celsius diramalkan di Kyoto pada waktu siang dan 38 darjah Celsius di bandar lain seperti Osaka, Nagoya dan Saitama.

Pegawai cuaca memberi amaran bahawa panas terik dijangka berterusan hingga minggu depan.

Suhu tinggi diramal di seluruh Jepun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button