Dron Nano dipamerkan dalam Pameran Pertahanan Asia

 

Pengarah Pembangunan Perniagaan Delta Masis (M) Sdn Bhd, Masri Muhammad menunjukan Drone Nano yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Bersaiz hanya sebesar tapak tangan, dron nano antara produk baharu industri pertahanan lengkap dengan pelbagai ciri canggih bagi tujuan risikan dan mengesan musuh walaupun pada waktu malam dan di kawasan yang gelap.



Dipasarkan syarikat tempatan Delta Masis (M) Sdn Bhd, dron berkenaan mampu menjalankan fungsi sama seperti dron bersaiz normal selain mengeluarkan bunyi yang senyap.

Dron berkenaan dilengkapi kamera berdefinisi tinggi yang mempunyai dua fokus laras iaitu siang dan malam selain tidak perlu diterbang dekat dengan subjek kerana ia mempunyai fungsi ‘electronic zooming’.

BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading