‘Saya Telah Didera Oleh Rakan Saya Sayang & Percaya’ Status FB Terbaru Tangmo

Pihak polis sebelum ini membuat keputusan selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida meninggal dunia disebabkan lemas dan bukannya terjatuh dengan sengaja ke dalam Sungai Chao Praya serta disebabkan kecuaian rakan-rakannya selepas siasatan selama dua bulan dilakukan.

Terbaru, menerusi perkongsian Thairath mendedahkan beberapa status yang dimuat naik di laman Facebook dipercayai milik Tangmo. Bagaimanapun status-status tersebut menimbulkan 1001 spekulasi dan individu berkenaan dilihat seolah-olah ingin mendedahkan sesuatu yang tidak diketahui ramai.

Menerusi status pertama yang dimuat naik pada jam 11.23 pagi memaparkan foto Tango daripada belakang dan status tersebut mendakwa dia telah didera oleh rakan yang dia sayang dan percaya.



Saya telah didera oleh rakan yang sayang dan percayai.

Bercerita lebih lanjut, status seterusnya yang dimuat naik pada pukul 4.01 petang menjelaskan dia (Tangmo) tidak pergi ke mana-mana dan masih menunggu kebenaran daripada lima individu.

Saya belum pergi mana, masih menunggu kebenaran daripada 5 orang. Jika tak mahu cakap benar, saya akan umum semua perkara yang berlaku atas speedboat malam kejadian kepada semua orang tahu.



Delete semua details dalam handphone.. Jangan ingat tak boleh recall balik ya kawan-kawan baik ku.

Pendedahan demi pendedahan

Status yang turut mencuri perhatian adalah status yang kelima dimuat naik pada jam 8.30 malam menerusi Facebookstory.

Ini Mo. Semua orang, jangan tinggalkan Mo. Mo akan menunjukkan kebenaran, Mo tidak mahu apa-apa selain cinta yang semua orang berikan kepada Mo sekarang.

Ujar Peguam Decha, ibu kepada Tangmo menjelaskan dia sama sekali tidak menggunakan Facebook akaun milik anaknya.
Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas.



Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.  Hasil bedah siasat mengesahkan Tangmo mati akibat lemas kerana terdapat kesan lumpur pada bahagian paru-paru.

Thairath


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading