Angah sudah ditemui

 

Oleh Pena Merah

Angah sudah ditemui
Dua remaja yang dikatakan dilarikan dari Hulu Bernam pada 1 Januari lalu. – Foto BERNAMA

Remaja lelaki 16 tahun yang dilaporkan hilang bersama abangnya dari surau perumahan Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, di sini pada pagi 1 Januari lalu ditemui selamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



“Ya, sudah ditemui,” katanya ringkas.

Kelmarin, ibu dua remaja berkenaan berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan Along berusia 17 tahun ditemukan dalam keadaan tidak bermaya di Stesen LRT Pasar Seni, pada malam Khamis lalu.

Ibu mangsa yang berusia 39 tahun berkata, Along dan adiknya berusia 16 tahun dilarikan individu tidak dikenali sebelum dibawa dan dikurung di sebuah motel di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Along mendakwa dia dikurung bersama adiknya hingga 9 Januari lalu sebelum dipisahkan. Dia bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika lelaki yang menjaganya tertidur akibat pengaruh dadah dan turut berjaya melarikan telefon bimbit milik lelaki itu,” katanya.



Beliau berkata, sejurus selepas melarikan diri, anak sulungnya menghubunginya menggunakan telefon bimbit berkenaan untuk memaklumkan keberadaannya dan dia kemudian menelefon polis bagi memaklumkan perkara itu.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading