21 pelanggan sakit, syarikat katering kena denda

21 pelanggan sakit, syarikat katering kena denda

21 pelanggan sakit, syarikat katering kena denda
BAHAGIAN sejuk beku premis syarikat katering itu. FOTO SFA

Singapura: Sebuah syarikat katering di sini, didenda S$4,000 (RM13,722) kerana melanggar peraturan kebersihan selepas 21 orang mengalami gastroenteritis.

Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) bersama-sama menyiasat premis syarikat itu selepas menerima laporan mangsa sakit selepas makan di premis itu pada Disember 2022.

Bagaimanapun, tiada seorang pun mangsa yang mengalami gastroenteritis atau cirit-birit akut itu dimasukkan ke hospital.



Siasatan mendapati, syarikat melanggar beberapa peraturan kebersihan termasuk penyejuk beku kotor, bekas penyediaan makanan tidak bersih dan dispenser tisu yang didapati kosong.

21 pelanggan sakit, syarikat katering kena denda
PERALATAN penyediaan makanan yang didapati kotor di premis syarikat itu. FOTO SFA

SFA mengarahkan syarikat itu untuk memperbaiki kesalahan terbabit.

SFA mengingatkan mengenai tanggungjawab bersama menjaga aspek keselamatan makanan berikutan risiko pencemaran.

Katanya, walaupun pihaknya tetap berwaspada dan menguatkuasakan langkah pengawalseliaan, pengusaha industri makanan dan pengguna juga perlu bertanggungjawab.



“Semua pengusaha makanan perlu memastikan premis mereka bersih, diselenggara dengan baik dan mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan yang betul.

“SFA tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar Akta Jualan Makanan.

“Pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM17,153) dan mereka yang melakukan kesalahan berulang didenda tambahan S$100 (RM343) untuk setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan,” kata SFA.

21 pelanggan sakit, syarikat katering kena denda


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading