FAM longgarkan hukuman Faisal Halim

FAM longgarkan hukuman Faisal Halim

FAM longgarkan hukuman Faisal Halim
FAISAL kembali dibenarkan untuk menjalani sesi latihan bersama pasukan Selangor, namun penggantungan sebulan menyertai perlawanan dikekalkan.

HARAPAN pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim untuk kembali ‘menyepak bola’ tertunai selepas dibenarkan menjalani sesi latihan bersama rakan sepasukan berkuat kuasa serta-merta semalam.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu kenyataan selepas Jawatankuasa Rayuan badan induk itu melakukan mesyuarat baru-baru ini.

“Kes membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.



“Bagaimanapun, jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta.

“Ia bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak,” kata kenyataan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu menjatuhkan hukuman penggantungan selama empat bulan kepada Faisal yang lebih mesra dengan gelaran Mickey.

Keputusan itu dibuat atas kesalahan Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenyataan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pemain itu kepada pihak media selepas aksi antara Selangor menentang Sabah FC, 27 April itu.

Bagaimanapun, Faisal dikenakan penggantungan selama sebulan terlebih dahulu, dengan baki tiga bulan lagi ditangguhkan sehingga Ogos tahun depan, tertakluk kepada kelakuan pemain itu.

Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Rayuan FAM telah dipengerusikan oleh CP (Bersara) Dato’ Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff selaku pengerusi turut mengekalkan hukuman kes suar melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT).



“Bagi tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong JDT membakar suar, rayuan yang dikemukakan oleh kelab JDT ditolak, sekali gus hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan,” katanya.

FAM longgarkan hukuman Faisal Halim


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button