6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil

6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil

6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil

 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan PPBM yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu, 2 Mac lalu.

Menurut Ketua Armada PPBM, Wan Fahysal, dengan kelulusan itu, PPBM boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengosongkan 6 kerusi parlimen.



Ianya juga akan memberi ruang untuk diadakan pilihanraya kecil di kesemua parlimen tersebut.

Parlimen yang terbabit ialah Bukit Gantang, Gua Musang, Tanjong Karang, Jeli, Kuala Kangsar dan Labuan.

Kelulusan itu ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan, Zulfikar Ahmad.

Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 dan mula berkuatkuasa mulai 1 April 2024.



Apakah yang dimaksudkan oleh Wan Fahysal mengenai langkah seterusnya yang akan diambil oleh parti PPBM?

Untuk mengosongkan 6 kerusi parlimen tersebut, PPBM perlu menulis surat pemakluman kepada YDP Dewan Rakyat.

YDP Dewan Rakyat akan mempertimbangkan sama ada alasan yang diberikan memenuhi perlembagaan seblum membuat keputusan.

Dalam isu ini, Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, akan melakukannya.



Persoalannya, adakah alasan 6 orang ahli parlimen PPBM yang sudah gugur keahlian parti boleh menyebabkan mereka kehilangan status sebagai ahli parlimen?

Apa Yang Di Pinda Dalam Perlembagaan PPBM?

 

Dalam EGM PPBM pada 2 Mac 2024, PPBM membuat tiga pindaan dengan memasukkan tambahan fasal pada Fasal 10 itu membabitkan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.

Fasal 10.4 memperuntukkan ahli PPBM yang tidak patuh terhadap arahan MPT adalah disifatkan terhenti keahliannya daripada PPBM secara serta-merta.



Arahan yang dimaksudkan adalah arahan yang selari dengan perkara 10.5 perlembagaan PPBM.

Perkara 10.5, MPT boleh mengeluarkan arahan khusus kepada wakil rakyatnya di parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negeri.

Semua arahan yang dikeluarkan di bawah fasal ini hendaklah dibuat secara bertulis.

Perkara 10.6 pula merujuk kepada Fasal 10.4.



Setiausaha Agung atas arahan MPT hendaklah mengeluarkan satu notis kepada ahli berkenaan.

Yang memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta.

Dan bahawa nama beliau telah dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti

Adakah Ianya Memenuhi Syarat Pengosongan Secara Automatik Mengikut Akta Anti Lompat Parti?

 



Mari kita lihat adakah dengan pengguguran keahlian ianya akan memenuhi kriteria di dalam Akta Anti Lompat Parti?

Perkara 49A(2)(c) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seseorang ahli Dewan Rakyat tidak terhenti menjadi ahli Dewan itu menurut Perkara ini hanya disebabkan oleh:

  • pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya

Yang menjadi persoalan apakah 6 orang ahli parlimen tersebut dipecat kerana melanggar arahan parti atau digugurkan keahlian mereka?

Sekiranya mereka dipecat, maka status ahli parlimen mereka tidak akan gugur.

Tetapi sekiranya digugurkan maka status ahli parlimen mereka akan gugur kerana ianya memenuhi kriteria Perkara 49A(1)(a)(ii).

Sama ada YDP Dewan Rakyat menerima atau menolak pemakluman dari PPBM, sudah pasti ianya akan dicabar di mahkamah.

Proses di mahkamah sudah pasti akan menghadapi proses yang sangat panjang dari Mahkamah Tinggi hingga ke semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Mengikut proses biasa, ianya akan mengambil masa hingga 3 tahun untuk mahkamah membuat keputusann akhir.

Ianya sudah hampir dengan pembubaran parlimen.

Menjadi amalan SPR, sekiranya kekosongan berlaku kurang dari 2 tahun pembubaran parlimen maka pilihanraya kecil tidak akan diadakan.

Jadi, sama ada keputusan mahkamah mengisytiharkan kesemua 6 kerusi parlimen tersebut kosong atau tidak, pilihanraya kecil tetap tidak akan diadakan.

 

6 MP PPBM Selamat, Tiada Pilihanraya Kecil

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading