Isteri maut, suami parah kemalangan

Isteri maut, suami parah kemalangan

Isteri maut, suami parah kemalangan
Pasangan suami isteri yang terbabit kemalangan pagi tadi, menyebabkan wanita itu maut akibat parah di kepala dan tangan. – NSTP/Norsyazwani Nasri

SERIAN: Seorang wanita maut, manakala suaminya parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan kereta di Kilometer 63, Jalan Kuching/Sri Aman di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa wanita berusia 58 tahun yang membonceng motosikal terbabit parah di leher dan tangan, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Serian.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, berkata suaminya yang berusia 72 tahun dan menunggang motosikal itu pula parah di kepala dan tangan.



“Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki pasangan suami isteri itu secara tiba-tiba menukar lorong dari kiri ke kanan jalan.

Aswandy berkata, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, manakala isterinya pula dibedah siasat.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading