Kanak-kanak mangsa dera ibu dan kenalan akan diberikan kepada waris layak – JKM

Kanak-kanak mangsa dera ibu dan kenalan akan diberikan kepada waris layak – JKM

Kanak-kanak mangsa dera ibu dan kenalan akan diberikan kepada waris layak - JKM
Seorang kanak-kanak lelaki disyaki menjadi mangsa dera kepada dua wanita yang mana seorang daripadanya dipercayai ibu kandungnya. – Foto ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor sedang mengesan waris yang layak dan sesuai bagi memberi perlindungan sementara atau tetap kepada kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang dipercayai didera ibu dan rakannya di Pasir Gudang, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-Nisa Ismail @ Md On, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu bagi tujuan penilaian bagi memastikan waris berkenaan layak menjaga kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, sebelum ini, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berada di bawah jagaan datuk dan neneknya di Kedah, dan baru setahun tinggal bersama suspek yang juga ibu kandungnya.



“Saya difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah dua beradik, ibu dan bapanya sudah bercerai.

“Mangsa baru setahun tinggal bersama ibunya selepas berpindah daripada datuk dan neneknya manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di Pokok Sena, Kedah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?




Beliau berkata, kanak-kanak itu sudah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan sedang menjalani rawatan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih serta tahniah kepada JKM Johor, Pasukan Pelindung Kanak-Kanak, dan PDRM yang bekerjasama dan pantas bertindak bagi menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada orang awam dan komuniti setempat yang peka dengan keadaan sekeliling dan terus melaporkan kejadian itu menerusi talian kecemasan.

Kanak-kanak mangsa dera ibu dan kenalan akan diberikan kepada waris layak – JKM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button