Fasha Sandha batal hasrat beraya di Perlis kerana positif Covid-19

 

Oleh Razak Hasan

Fasha Sandha batal hasrat beraya di Perlis kerana positif Covid-19
FASHA dijangkiti Covid-19 selepas mengalami simptom selesema dan hilang deria rasa setiap kali makan.

Hasrat pelakon Fasha Sandha untuk menyambut raya di kampung halamannya, Perlis terbantut selepas dijangkiti Covid-19 semalam.

Fasha, 40, berkata, hatinya hancur apabila melihat keputusan kit ujian kendiri Covid-19 miliknya selepas mengalami simptom selesema sejak hari raya pertama di kampung belah suaminya, Aidil Aziz di Rembau, Negeri Sembilan.



“Hati siapa yang tidak hancur, ingatkan selesema biasa dan rasa tawar setiap kali makan.

“Hati tiba-tiba rasa tidak sedap, terus pergi klinik untuk lakukan pemeriksaan Covid-19. Ya benar, berjaya mendapat Covid-19 dari Rembau.

“Nasib baik buat pemeriksaan. Kalau tidak, mungkin saya jadi pembawa virus ini ke Perlis yang memang ramai orang tua dan berisiko tinggi. Alhamdulillah, Allah lindungi mereka,” katanya dalam Instagram hari ini.

Bintang drama Malang Si Puteri itu menambah, jangkitan Covid-19 itu dilihat sebagai satu bentuk ujian buat dirinya sehingga perancangannya untuk beraya di Perlis terpaksa dibatalkan.



“Ini dugaan raya kami.

“Kecewa tak dapat beraya dengan keluarga di Perlis selain sedih kerana keluarga di sana anggap ini hanya demam biasa apabila kami maklumkan sudah dijangkiti virus ini,” katanya lagi.

Fasha juga menyifatkan individu yang menjadi penyebar sebelum ini pentingkan diri kerana sudah membuat perancangan orang lain tergendala pada musim perayaan.

“Siapa agaknya yang keluar beraya walaupun sudah dijangkiti Covid-19?



“Sangat pentingkan diri, tidak sihat tetapi tetap keluar beraya dan sebarkan pada orang lain.

“Hancur rancangan raya saya dengan keluarga di Perlis. Kami beraya sambil kuarantin sehingga Ahad ini, dugaan kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fasha berkata, perkongsiannya itu adalah bagi menyebarkan kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dengan segala bentuk virus sepanjang beraya.

“Tujuan saya kongsi perkara ini adalah untuk memberikan peringatan pada pengikut media sosial supaya sentiasa berjaga-jaga.



“Pakai pelitup muka dan jangan bersentuhan sangat. Biarlah orang kata kita sombong daripada keluarga kita dijangkiti penyakit,” jelasnya.

Semalam, Fasha memuat naik sebuah hantaran meluahkan kekecewaan terhadap individu yang menyebar virus Covid-19 ketika beraya.

“Menyusahkan orang lain. Kalau sudah tahu ada Covid-19, tetap keluar beraya.

“Aku takkan ampunkan dosa kau sampai mati. Anda layak masuk neraka. Bab virus ini jangan main-main,” kongsinya.



Difahamkan, anak-anaknya termasuk suaminya turut menjalani tempoh kuarantin ketika ini. – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading