Kelindan lori didakwa tikam adik tiri

Oleh – Syeikh Baran


Kelindan lori didakwa tikam adik tiri
L. Thiyagaraj (tengah) mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan mencederakan adik perempuan tirinya menggunakan pisau pemotong sayur di bawa keluar dari Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan adik perempuan tirinya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.

Tertuduh, L. Thiyagaraj, 52, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret T. Ashvinii.



Bapa tunggal itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa yang berusia 31 tahun dengan pisau pemotong sayur di sebuah rumah di Taman Muhibbah, di sini pada pukul 8 malam, 8 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua kali ganda hukuman penjara mengikut Seksyen 324KK.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Noor Aisyah Mat Isa mencadangkan jaminan RM5,000 dikenakan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan iaitu tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Bagaimanapun, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Faustina Francis memohon satu jumlah yang minimum kerana tertuduh menanggung seorang anak.



Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak boleh berjumpa mangsa sehingga kes selesai. Sebutan semula kes pada 9 Mei ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading