Polis P. Pinang pantau kelibat suspek

Oleh – Syeikh Baran


Polis P. Pinang pantau kelibat suspek
Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad

Polis Pulau Pinang menggerakkan pasukannya bagi memantau kehadiran suspek warga tempatan yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan keberadaan suspek di negeri ini.



“Polis akan pantau (kehadiran suspek) dan maklumat tersebut juga sudah dikongsikan dengan Unit Kereta Peronda (MPV) dan sebagainya.

“Setakat ini tiada maklumat yang dia (suspek) sampai di Pulau Pinang,” katanya kepada Kosmo! di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan (KLIA) 1 di Sepang, dipercayai melarikan diri ke utara.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, pengawal peribadi tersebut dilaporkan kritikal selepas mengalami kecederaan pada bahagian perut dan terpaksa ditidurkan.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading